Membersihkan Diri dari Sifat Bakhil

Kategori : Moslem Things Tanggal : 13 September 2007
Pengirim : Adheet Rating :
PKPU Online Bulan Ramadan merupakan bulan untuk mendapatkan keredaan dan nikmat ganjaran yang berlipat ganda dari Allah Subhanahu Wataala. Dalam menghadapi likut-liku kesabaran dan ketabahan, umat Islam sudah setentunya tidak akan lupa dengan kewajipan zakat fitrah.

Zakat fitrah ertinya zakat kejadian. Ia bermaksud kadar yang tertentu dari bahan makanan asasi yang wajib dikeluarkan oleh setiap Muslim yang mencukupi syarat, ekoran dari selesainya menjalani ibadat puasa bulan Ramadan atau sebaik sahaja jatuh matahari bulan Ramadan yang mulia.

Wajibnya pengeluaran zakat fitrah itu memang sudah jelas termaktub sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermakud : "Zakat fitrah wajib pada bulan Ramadan ke atas manusia segantang tamar atau segantang gandum di atas setiap orang merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan di kalangan orang-orang Islam."

Zakat fitrah dapat menambahkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah serta juga dapat membersihkan diri dari sifat bakhil, di samping tanda syukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan-Nya kepada kita.

Dalam erti kata lain, pengeluaran zakat fitrah juga ialah untuk membersihkan diri orang yang berpuasa dari segala perbuatan dan perkataan buruk yang berlaku sepanjang Ramadan. Selain itu, pengeluaran zakat juga merupakan suatu pertolongan dan bantuan kepada golongan fakir miskin.

Mudah-mudahan, mereka dapat bersama-sama bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.

Dalam konteks ini, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud, "Zakat fitrah difardukan untuk membersihkan orang-orang yang berpuasa dari segala kerja serta kata-kata yang sia-sia lagi keji dan juga buat membantu memberi makanan kepada golongan miskin.

Maka barangsiapa yang mengeluarkannya sebelum salat itulah zakat fitrah yang diterima dan barangsiapa yang mengeluarkannya sesudah salat ia merupakan sebagai sedekah dari sedekah-sedekah biasa."

Zakat fitrah merupakan suatu asas yang kuat bagi membentuk sistem ekonomi umat Islam yang menjamin keadilan serta ketenteraman hidup, di samping menjalin perhubungan baik di antara golongan yang berada dengan golongan yang tidak berada.

Ia adalah salah satu daripada rukun Islam asasiah yang bercorak kemasyarakatan yang bertujuan bagi melahirkan keseimbangan dan mendekatkan jurang perbezaan selain mengekalkan perpaduan serta keharmonian dalam identiti kehidupan masyarakat.

Melihat betapa besarnya erti zakat fitrah dalam Islam dan juga betapa pentingnya dalam kehidupan serta pembangunan umat, oleh itu wajiblah bagi yang sudah mencukupi syarat menunaikan dan mengerjakannya. Maka barang siapa yang mengingkari wajibnya zakat fitrah, sudah tidak syak lagi berdosa besar, na'uzubillah. (Cecep Y. Pramana)

Beri nilai untuk artikel ini :  

 

Username:

Password:

Auto login
mo gabung?

Waktu sekarang:
18th Desember 2007, 00:46
 
» Home
 
 
Al-Insyiroh 5-6
Sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Sesungguhnya sesudah kesulita itu ada kemudahan
add kata bijak